Monday, December 26, 2011

betong ezi ride 2011





tarikh ;24 - 25 dis 2011
hAri pertama ; 140km
hari kedua 90km

latih mental dan fizikal anda. kayuhan menjadi lebih bertenaga dengan kombinasi ni terutama support dari rakan kayuhan anda

Monday, December 19, 2011

traning utk kayuhan betong ezi ride /malakoff

hari 17/12/2011 sabtu
laluan - bandar perdana-gurun- yan- merbok-bandar perdana
jarak 90km
masa 3jam 20 minit

kayuhan utk menguji stamina fizikal dan mental. nampaknya bolehlah utk berkayuh dengan geng spcc. tapi laluan ke grik lebih mencabar. tengoklah macam mana nanti. apapun lantaklah apa nak jadi . jadilah.

kayuhan offroad dan kayuhan malam mtb - pusat kokurikulum johor




tarikh 12-16 dis
lokasi ; kem denai alam muar johor

bersama dgn dua orang lagi rakan jurulatih. bertolak malam hari ahad. sampai di muar jam 430am.
hari pertama/isnin
pendaftaran dan pecah bendungan

hari kedua/selasa
kayuhan off road sejauh 40km. track memang mencabar dan menghiburkan. tapi masalahnya laluan tidak ditanda dengan sempurna menyebabkan sesat sebanyak 3 kali. hingga akhirnya terpaksa melepak kerana tidak tahu lagi kemana hendak dituju. ini kelemahan penganjur.

hari ketiga/rabu.
pagi ada acara memancing. aku dapat tempat kedua.pergh peringkat kebangsaan lak tu. hihihi.
lepas tu kayuhan santai ditengah hari 24km. tentu orang ingat gila lak mamat2 ni. tengahari pun kayuh dengan panas lit lit.
malam baru kayuhan off road. yang satu lagi haru. sesat lagi, yang peleknya masahal yang baru tu sesat dan lagi menyesatkan. gila sungguh puak2 ni. apa pun kelemahan ini dapat diatasi sekiranya cukup mashall yang tahu laluan tersebut

hari keempat/khamis
majlis penutup dan balik la

Thursday, December 8, 2011

aktiviti akan datang

aktiviti akan datang
12- 16 Dis (DONE) kayuhan offroad dan kayuhan malam mtb - pusat kokurikulum johor
24 -25 Dis (DONE) kayuhan onroad sg petani - grik - betong thailand. jarak 230km
31 -1/1/12 (DONE) malakoff friendship interstate ride kedah-pp-perak 270km
28 -29/1/12 (DONE) ulu lengong ezi ride - pulakopp - ulu lengong baling 93km

train ur leg ur stamina and ur motivation may Allah almighty blessed the ride. Aminnn

Thursday, December 1, 2011

white water rafting

program ni dibuat dekat kem rapid fire sedim kedah. aku pernah buat program ni pada 2009. kawasan kem masih seperti dahulu cuma ada kem kekal berbumbung, yang lain masih seperti dahulu. masa pergi ni musim hujan nampak gayanya tentunya aliran air yang kuat nanti bakal menunggu.
hari pertama memang menarik. beberapa jeram begitu mendebarkan. ada rakit yang terbalik dan ada yang tercedera akibat terjatuh. aku memang bernasib baik ketika rakit aku terbalik semua org tercampak keluar aku masih dapat mengawal diri dari terkena batu dsbnya.
hari kedua.kami bertolak awal seawal 0930. di jeram triple nightmare kami terpaksa turun kerana laluan agak merbahaya. jalan kaki ajela tapi semua itu amat menyeronokkan. tapi ada team yang melalui kawasan ini disebabkan mereka x mendapat maklumat daripada team sebelum mereka. akibatnya ada yang lemas mujur tak mati aje.rupanya skipper yang mengemudi rakit tersebut tidak mengenali kawasan ini.bahaya sungguh.

Saturday, May 14, 2011

gng liang

gng ni geng pulakopp naik pada 14 & 15 mei. aku x dpt ikut skolah ada xtvt yg mesti aku ikut, klu x mungkin kena black list oleh big boss. nanti nak kluar mana pun x boleh. mungkin sekarang mrk tengah makan pagi atau bersedia nak turun.

klu x silap aku gng ni kat tanjung malim. jauh 2 klu nak driving ni dekat sangat dengan selangor. mesti balik letih giler ni. akula jadi driver dmax aku 2. baru bulan lepas naik gng tahan. aku memang nak ikut tapi itulah masalahnya kalau bertembung dgn program skolah.

lain kalilah geng, mrk pun tau aku hardcore mountain treckker, tapi what 2 do job come first. hobby latter la. btw kalu ada lagi calling2

Saturday, April 16, 2011

gunung tahan xpdc














tarikh : 26/3 - 31/3/2011
jangkamasa : 6 hari 5 malam
kekuatan : 25 org (19 org geng pulakopp, 6 orng Team Orang Hutan Malaya.
guide:Mr Azizi@ garfu (perhilitan N9)

hari pertama
sepatutnya kami dah bertolak dari base camp tmn negara sg relau merapuh, tapi diberitahu oleh park warden yang kami tidak boleh bermalam di Kem Kor. maka rancangan asal ditukar. kami dibenarkan bermalam di base camp rumah park renjer.

hari kedua (kuala Juram ke Kem Kor )- 13 km
perjalanan bermula jam 9.00am naik pick up sejauh 13km. jalan memang mencabar dengan mendaki dan menuruni bukit.kemudian bermula dengan penjalanan 13km pendakian santai hanya kadangkala saja mendaki bukit.Terpaksa menyeberangi 5 batang sungai yg jernih dan menyegarkan. jam 2.30pm sampai ke kem kor.set up khemah dekat kws sungai. senang air cukup untuk makan minum dan mandi. malam sungguh dingin, hujan pula turun. huss ketinggian baru 750m tapi suhunya 20c. makan ala kadar saja semua makanan ready made. senang letak aje api panaskan boleh makan dah. masalah mula timbul kasut camel active aku dah jadi mulut buaya. kasut tu dah banyak gng dah aku panjat. banyak jasanya terpaksa jadi tukang jahit mujurlah member ada bawa jarum dan benang. nasib baik lagi.

hari ketiga (kem Kor ke kem kubang ) 6km
jarak x jauh mana tapi sikit punya teruk. seksa sungguh dengan berat back pack mencecah hampir 20kg rasa macam x sampai. peluh mengalir laju bukan lagi menitik. muka kekawan masing2 dah kurang ceria, letih sungguh. sampai kat kem kubang lebih kurang 5.30pm.Ini mengingatkan aku time mendaki gng Yong Belar, gng ketiga tertinggi kat Sem Msia. ditambah pula dalam perjalanan hutan lebat pulak turun, track jadi semakin lecah. aku kesejukan tapi malas nak pakai baju hujan. pengalaman mengajar aku kalu pakai tentulah menyukarkan dan lagi panas lak. suhupun x lak teruk sangat badan masih mampu lagi.Jam casio protrack memang berguna sungguh utk menganggar suhu, ketinggian dan arah kiblat. tak rugi aku beli. makan malam simple saja, malam hujan sekali lagi tapi nasib baik tak masuk dalam khemah. tidor lena dalam kedinggian ( 18c).

hari keempat ( Kem Kubang Ke Puncak Gng Tahan 2187m) 10km.
jam 9am kami bertolak. kali ini x seteruk kelmarin walaupun masih lagi mendaki. kurang sikit beban beg kerana bekalan dah digunakan utk memasak tapi rasa masihlagi berat. yalah segala sampah kena dibawa. peraturan Tmn Negara.pemandangan indah mula dpt dilihat kat bonsai kecil. bergambar sakan hahaha.sampai ke puncak jam 6.00pm. kabus dan awan menyambut kami dipuncak. dari kejauhan kedengaran sorak kekawan yg sampai dulu. aku hihihi maintain dgn langkah sopan satun aku 2( lambat la 2). x nampak apa cuma sign board puncak. sesi bergambar sakan.malam hujan sekali lagi suhu dah turun ke 16C tapi pakaian sejuk yg aku pakai masih boleh memanaskan badan.tidur lena.hairan bin ajaib kat puncak bekalan air masih ada. siap ada perigi lagi dan tandas yang baik. aku x memerut simpan stok.

Hari ke lima ( puncak gng tahan ke Kem Kor )16km.
kasut dah give up bahagian depan aku jahit tapi koyak lak di bahagian belakang. nak buat macam mana jalan jugalah.laluan turun menyeksakan kaki dan lutut aku. beberapa kali tergelincir mujur x tersembam. bertolak jam 9am sampai 7.30pm. paling lama berjalan tapi terpaksa jugalah. yang mana geng laju 2 boleh berlari lagi. x pa la mereka muda aku antara yang veteran kenalah berjaga-jaga. nanti lutut out lagi teruk. takut juga la bila garfu beritahu time ni maybank keluar cari makan sebab 2 la dia suruh jalan berkumpulan.lega tiada yang buruk berlaku. alhamdulillah. geng yang sampai awal dah set up khemah. aku tolong memasak. hujan lagi malam 2. tapi lena macam 2 jugalah. letih sungguh

Hari keenam (Kem Kor ke Kuala Juram ) 13km
hari terakhir. terpaksa pakai sandal aje. kasut camel dah rosak teruk dah x leh pakai.bertolak 930am sampai 2.30pm. sampai saja lega. segala telah berakhir dengan selamat. bangga kerana dah berjaya menawan puncak tertinggi di sem Msia. dan menambah koleksi gng yang pernah aku tawan ( gng bubu, chabang, yong belar, irau (2 kali),bintang, kinabalu,jerai).bangga juga dalam usia mencecah 1/2 abad masih lagi mampu menjalani hidup lasak. moga Allah memberi kesihatan yang baik hingga ke penghujung nyawa aku aminnnnnnnn. singgah kat Gua Musang makan malam. huisss gelojohnya setelah 6 hari asyik makan ready made, makan malam sungguh menyelerakan. sampai pusat kokurikulum jam 3.30am. hari jumaat sesi tidor dan memulihkan tenaga.

Wednesday, February 23, 2011

kesihatan

tahun ni dah meningkat 43thn dah. makin berusia dan makin beruban. kesihatan alhamdulliah sihat mental dan fizikal.

buat medical check out disember tahun lepas. habis duit. buat kat pantai hospital medical centre. complete test. siap dengan ecg,blood dan urine test lagi. doktor cakap kesihatan tip top. siap dia puji lagi setakat ni cikgu yang datang kat dia mesti sangkut, tak darah tinggi atau kencing manis.heart beat 62 pm. blood pressure under normal range. good news. ini semua berkat latihan fizikal dan pemakanan yang berterusan yang aku amalkan.

yalah latihan fizikal hampir setiap hari melibatkan weight training, 3 mile running and 35km cycling. hanya cuti pada hari minggu saja. itupun kalu geng tak ajak berkayuh kat mana-mana. kalu tak dera badan x habis2.

makanan dah kurang dah.nasi dah jarang makan dah.makan makanan yang GI yang rendah.lebih banyak makanan berkarbohirat utk memberi tenaga. buku yang aku baca mengenai GI ni banyak memberi pengetahuan mengenai pemakanan yang baik dan seimbang.

sekarang ni training untuk expedisi ke gng tahan pada bulan mac nanti.harapan aku moga kesihatan nanti berada dalam kemuncak supaya dapat mendaki dengan selamat.