Saturday, April 16, 2011

gunung tahan xpdc














tarikh : 26/3 - 31/3/2011
jangkamasa : 6 hari 5 malam
kekuatan : 25 org (19 org geng pulakopp, 6 orng Team Orang Hutan Malaya.
guide:Mr Azizi@ garfu (perhilitan N9)

hari pertama
sepatutnya kami dah bertolak dari base camp tmn negara sg relau merapuh, tapi diberitahu oleh park warden yang kami tidak boleh bermalam di Kem Kor. maka rancangan asal ditukar. kami dibenarkan bermalam di base camp rumah park renjer.

hari kedua (kuala Juram ke Kem Kor )- 13 km
perjalanan bermula jam 9.00am naik pick up sejauh 13km. jalan memang mencabar dengan mendaki dan menuruni bukit.kemudian bermula dengan penjalanan 13km pendakian santai hanya kadangkala saja mendaki bukit.Terpaksa menyeberangi 5 batang sungai yg jernih dan menyegarkan. jam 2.30pm sampai ke kem kor.set up khemah dekat kws sungai. senang air cukup untuk makan minum dan mandi. malam sungguh dingin, hujan pula turun. huss ketinggian baru 750m tapi suhunya 20c. makan ala kadar saja semua makanan ready made. senang letak aje api panaskan boleh makan dah. masalah mula timbul kasut camel active aku dah jadi mulut buaya. kasut tu dah banyak gng dah aku panjat. banyak jasanya terpaksa jadi tukang jahit mujurlah member ada bawa jarum dan benang. nasib baik lagi.

hari ketiga (kem Kor ke kem kubang ) 6km
jarak x jauh mana tapi sikit punya teruk. seksa sungguh dengan berat back pack mencecah hampir 20kg rasa macam x sampai. peluh mengalir laju bukan lagi menitik. muka kekawan masing2 dah kurang ceria, letih sungguh. sampai kat kem kubang lebih kurang 5.30pm.Ini mengingatkan aku time mendaki gng Yong Belar, gng ketiga tertinggi kat Sem Msia. ditambah pula dalam perjalanan hutan lebat pulak turun, track jadi semakin lecah. aku kesejukan tapi malas nak pakai baju hujan. pengalaman mengajar aku kalu pakai tentulah menyukarkan dan lagi panas lak. suhupun x lak teruk sangat badan masih mampu lagi.Jam casio protrack memang berguna sungguh utk menganggar suhu, ketinggian dan arah kiblat. tak rugi aku beli. makan malam simple saja, malam hujan sekali lagi tapi nasib baik tak masuk dalam khemah. tidor lena dalam kedinggian ( 18c).

hari keempat ( Kem Kubang Ke Puncak Gng Tahan 2187m) 10km.
jam 9am kami bertolak. kali ini x seteruk kelmarin walaupun masih lagi mendaki. kurang sikit beban beg kerana bekalan dah digunakan utk memasak tapi rasa masihlagi berat. yalah segala sampah kena dibawa. peraturan Tmn Negara.pemandangan indah mula dpt dilihat kat bonsai kecil. bergambar sakan hahaha.sampai ke puncak jam 6.00pm. kabus dan awan menyambut kami dipuncak. dari kejauhan kedengaran sorak kekawan yg sampai dulu. aku hihihi maintain dgn langkah sopan satun aku 2( lambat la 2). x nampak apa cuma sign board puncak. sesi bergambar sakan.malam hujan sekali lagi suhu dah turun ke 16C tapi pakaian sejuk yg aku pakai masih boleh memanaskan badan.tidur lena.hairan bin ajaib kat puncak bekalan air masih ada. siap ada perigi lagi dan tandas yang baik. aku x memerut simpan stok.

Hari ke lima ( puncak gng tahan ke Kem Kor )16km.
kasut dah give up bahagian depan aku jahit tapi koyak lak di bahagian belakang. nak buat macam mana jalan jugalah.laluan turun menyeksakan kaki dan lutut aku. beberapa kali tergelincir mujur x tersembam. bertolak jam 9am sampai 7.30pm. paling lama berjalan tapi terpaksa jugalah. yang mana geng laju 2 boleh berlari lagi. x pa la mereka muda aku antara yang veteran kenalah berjaga-jaga. nanti lutut out lagi teruk. takut juga la bila garfu beritahu time ni maybank keluar cari makan sebab 2 la dia suruh jalan berkumpulan.lega tiada yang buruk berlaku. alhamdulillah. geng yang sampai awal dah set up khemah. aku tolong memasak. hujan lagi malam 2. tapi lena macam 2 jugalah. letih sungguh

Hari keenam (Kem Kor ke Kuala Juram ) 13km
hari terakhir. terpaksa pakai sandal aje. kasut camel dah rosak teruk dah x leh pakai.bertolak 930am sampai 2.30pm. sampai saja lega. segala telah berakhir dengan selamat. bangga kerana dah berjaya menawan puncak tertinggi di sem Msia. dan menambah koleksi gng yang pernah aku tawan ( gng bubu, chabang, yong belar, irau (2 kali),bintang, kinabalu,jerai).bangga juga dalam usia mencecah 1/2 abad masih lagi mampu menjalani hidup lasak. moga Allah memberi kesihatan yang baik hingga ke penghujung nyawa aku aminnnnnnnn. singgah kat Gua Musang makan malam. huisss gelojohnya setelah 6 hari asyik makan ready made, makan malam sungguh menyelerakan. sampai pusat kokurikulum jam 3.30am. hari jumaat sesi tidor dan memulihkan tenaga.

No comments: