Wednesday, February 23, 2011

kesihatan

tahun ni dah meningkat 43thn dah. makin berusia dan makin beruban. kesihatan alhamdulliah sihat mental dan fizikal.

buat medical check out disember tahun lepas. habis duit. buat kat pantai hospital medical centre. complete test. siap dengan ecg,blood dan urine test lagi. doktor cakap kesihatan tip top. siap dia puji lagi setakat ni cikgu yang datang kat dia mesti sangkut, tak darah tinggi atau kencing manis.heart beat 62 pm. blood pressure under normal range. good news. ini semua berkat latihan fizikal dan pemakanan yang berterusan yang aku amalkan.

yalah latihan fizikal hampir setiap hari melibatkan weight training, 3 mile running and 35km cycling. hanya cuti pada hari minggu saja. itupun kalu geng tak ajak berkayuh kat mana-mana. kalu tak dera badan x habis2.

makanan dah kurang dah.nasi dah jarang makan dah.makan makanan yang GI yang rendah.lebih banyak makanan berkarbohirat utk memberi tenaga. buku yang aku baca mengenai GI ni banyak memberi pengetahuan mengenai pemakanan yang baik dan seimbang.

sekarang ni training untuk expedisi ke gng tahan pada bulan mac nanti.harapan aku moga kesihatan nanti berada dalam kemuncak supaya dapat mendaki dengan selamat.

No comments: