Sunday, October 14, 2012
kayuhan kangar-satun-kangar
tarikh :13 oktober 2012
masa :0715 - 1930
lokasi - kangar - wang kelian - Tanyong Po Satun pergi balik
jarak kayuhan : 203km
Ini merupakan satu lagi kayuhan jarak jauh untuk tahun ini. Pergi bersama famili dan menginap di Aqua Inn Jabatan pengairan dan saliran. Bermalam pada hari jumaat dan mula berkayuh pada hari sabtu.
Ada lebih kurang 20 pengayuh terdiri dari team SPCC dan TRM perlis. 40km jarak kayuhan hingga ke bukit Wang Kelian. Pendakian yang menyeksakan. Akhirnya aku tumbang juga kerana tak sempat nak buka cleat kasut. BOOMMMM. Mujurlah tak cedera. Kalau naik MTB mungkin boleh bertahan. Tambahan si Giat buat hal. Gear 10 tak boleh guna. Dok pulun sampai gear 9 sahaja. haru.
Lepas check in imigeresan. Mula kerja mengerah keringat bermula. Aku masih boleh maintain kelajuan 30 -32km/j tapi lama kelamaan tiada tanda mereka nak berhenti penat aku mula hilang tenaga. Hanya boleh maintain kelajuaan setakat 27 - 30km/j. Kepenatan. Itulah kalau ikut orang muda dan selalu berkayuh.
Sekitar jam 1230 kami sampai dekat tempat yang dituju. Sebuah pantai yang lebih kurang macam pantai pulau sayak. Pekena makanan ketam rebus/ikan siakap 3 rasa/telur goreng/. Untuk 20 org makan semua habis 3500 batt.
Jam 1400 kami bertolak balik. Hujan sepanjang jalan sehingga ke border. Ikut ke pekan satun. Sampai sekitar jam 1630 di sempadan. Berehat sekejap makan/minum. Refill yang mana patut. Jam 1730 aku mula kayuh berseorang kerana takut lambat.Kalau tunggu geng power alamatla. Sekali mendaki Wang Kelian aku tewas terpaksa berhenti sebanyak dua kali. Dah tak dak enegy dah. Down hill yang mengecutkan perut. Takuttttttt.
Akhirnya aku jumpa Din Toyota dan Hj Saad GMCC. Mereka yang memberikan aku tenaga dan motivasi untuk meneruskan kayuhan hingga tamat. Jam 1930 selamat sampai. Keletihan sangat. Tidur yang tak lena kerana hampir semua badan sakit. Telan panadol dan VP2.
Esok badan dah kurang sikit. Check out. Bawa keluarga ke Wang Kelian bagi depa shooping sikit. Kes menang- menang. Supaya depa tak kecoh sangat kalau aku nak kayuh long distance lagi
Thursday, June 21, 2012
kayuhan makan durian
![]() |
destinasi makan durian |
![]() |
lokasi di lata Bayu |
tarikh : 16 Jun 2012
permulaan : Petronas Bandar Puteri Jaya
kayuhan . Petronas - kuala ketil - Parit Panjang - Lata Bayu - Kuala Ketil - Petronas
Jarak : 88km
kayuhan makan durian di beri nama. kena kayuh dulu baru boleh makan. tapi x leh nak makan banyak kerana balik kena kayuh la. kalau tak dah tentu banyak aku makan. ditambah dengan adanya pulut durian ada gulai batang pisang semua tu cukup , menyelerakan.
kayuhan jelajah kedah edisi 2012
![]() |
jarak kayuhan |
![]() |
medal peringatan |
masa : 0745 -1915
tarikh : 30 Mei 2012
Cinta Sayang - gurun- nami - gulau - bendang man sik - baling - kuala ketik - tawa - Cinta Sayang
Ramai juga yang kayuh, kelab jemputan pun ramai . inilah jarak kayuhan yang paling jauh yang pernah aku kayuh dalam sehari. kaki pun terasa kejang tapi masih dalam keadaan terkawal utk kayuh. panas lit - lit. tapi akhirnya dapat juga melengkapkan kayuhan tersebut. Moralnya kalau kita telah tetapkan dalam minda kita untuk mendapat sesuatu dgn izin allah akan terlaksana
Monday, April 9, 2012
MKH classic ride
![]() |
sewaktu mengambil goodies |
Tarikh : 1 Apri 2012
mula : 7.30am
tamat ; 11.15am
jarak : 88km
kayuhan ini walaupun dinamakan santai kebanyakan raider begitu bersungguh termasuklah aku. Demi untuk mengikut kumpulan platon maka aku terpaksalah mengerah kederat veteran aku. kalau kayuhan santai maka taklah teruk dan lama masa recovering aku ni. tapi apapun sungguh menyeronokkan kerana boleh menyaingi dengan raider yang lebih muda dari aku.
![]() |
sewaktu bersaing dgn fixie |
Saturday, March 17, 2012
BORR - Sungai petani ride
![]() |
Toll BORR |
calori : 2148
jarak : entah meter dah hilang agak2 dalam 80k
setelah menghantar anak sulung aku balik kat Kelang dengan menggunakan bas di Jeti Butterworth. aku pun mula setup basikal. Isteri aku balik ride Dmax. Bermula 0810 aku mula berkayuh menggunakan lebuh raya BORR, tak ramai juga rider yang berkayuh. kayuhan santai ni tidak perlu mengerah kudarat sangat. Sampai ke Sungai Dua aku mula berkira-kira nak menggunakan jalan ke KEpala batas. tapi entah macam mana terus aku melencong ke tasik gelugor. Ingatkan nak balik ikut kubang menerong tapi dibatalkan terus aku kayuh melalui padang serai , sungai karangan, merbau pulas, kuala ketil. Kebanyakan merupakan jalan rata yang tidak perlu menggunakan tenaga yang tinggi
Menjelang melepasi padang serai jalan mula mencabar dengan beberapa siri bukit yang beralun. Di sini barulah bermula kerahan tenaga dan penukaran gear yang sesuai bertepatan dengan keadaan jalan yang semakin teknikal. Kalau tak kuat mental dan fizikal memang akan berhenti untuk berehat. Sepanjang jalan hanya 2 kali hentian rehat dibuat untuk mengurangkan asid laktik yang semakin berkumpul kat otot - otot kaki. Mujurlah tidak kena cram.
Dah lama tak buat kayuhan jarak jauh ini juga sebahagian daripada latihan untuk MKH steel ride pada 1 April nanti. Jaraknya 85km. Rasanya boleh aku menamatkan kayuhan ini
![]() |
hentian rehat kat Petronas Padang Serai |
![]() | ||||||||
pelabuhan kontena Butterworth |
Saturday, February 25, 2012
xpdc gng korbu dan gayung
pendakian gunung korbu dan gayung
lokasi : ulu kinta Perak
tarikh : 21 - 24 Feb 2012
Hari pertama
tracking ke Kem Kijang
masa perjalanan ; 6 jam
bermalam di sana. perjalanan memenatkan
Hari kedua
tracking dari kem Kijang ke puncak Korbu
masa perjalanan 7 jam
bermalam di puncak. sungguh sejuk suhu turun ke 18c. pendakian paling mencabar kerana perlu mendaki sehingga ke sudut 90 darjah menggunakan tali dan tangga alumunium. Gng Tahan pun tak seteruk itu. Juga perlu menawan puncak Ciban sebelum sampai ke Korbu
Hari ketiga
bermula jam 9am pendakian untuk menawan puncak gng gayung bermula mengambil masa 2 jam mendaki dan 1jam setengah turun. Balik semula ke puncak Korbu makan tengahari dan packing untuk turun semula ke kem Seroja. jam 6.30pm baru sampai. Sungguh meletihkan kerana banyak menggunakan tenaga dan bekalan air yang berkurangan.
Hari keempat
bermula lewat jam 11am mula turun. ambik masa dekat 3 jam. akhirnya sampai ke parking kerta di masjid Al Nur batu 8 ulu kinta. selamat sampai ke rumah jam 8.00pm. Alhamdulillah semua selamat.
lokasi : ulu kinta Perak
puncak ciban |
puncak korbu |
![]() |
puncak gayung |

Sunday, February 19, 2012
Sihat sepanjang usia.
KESIHATAN
hmmmm satu anugerah yang paling berharga selain daripada iman. Org kaya harta tapi kadang kala tidak diberikan kaya kesihatan. Ada wang tapi hidup terikat dengan ubatan nak makan dah ditarik nikmatnya. Betullah kata nabi sihat sebelum datang sakit.
Itulah yang aku cuba lakukan menjaga kesihatan sepanjang hayat. Walaupun hidup aku tak kaya tapi syukur kepada tuhan kerana rezeki tidak putus datang. Apa lagi yang ingin dicari, keluarga yang bahagia, rezeki yang halal lagi barakah. Anak2 aku alhamdulillah syukur berjaya dalam pelajaran. Anak yang sulung berada di kolej Islam Sultan Alam Shah Kelang, 9A dlm PMR. Diharap Allah permudahkan rezekinya utk SPM nanti. Anak kedua ambil PMR tahun ni. Tahun lepas dia merupakan pelajar harapan mendapat 9A dlm PMR. Anak ketiga juga ada potensi untuk mengikut jejak langkah abang dan kakaknya.
Beberapa minggu lepas dapat berita isteri kawan ku mendapat strok. Sedih . Memang sukar kalau dah terkena musibah tu. Harap dia bersabar. Seorang lagi kawan dah kena darah tinggi, umur baru lingkungan 30an. Tiap -tiap pagi terpaksa makan ubat. Seorang lagi ke buat heart by pass. 2 injap dah block. Gerun aku dengar. Semua ini menguatkan semangat aku untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah yang dapat menyehat badan.
Berbasikal, gym, berjogging itu semua aktiviti yang gemar aku lakukan.. Makanan pun aku jaga. Dah jarang makan nasi putih aku gantikan dengan spigati germa gandum penuh, oats, buahan, sayuran. Makanan berminyak dan berlemak dah lama aku jauhi. Tekad aku biarlah aku sihat hingga ke akhir usia. Amin

Sunday, February 12, 2012
Sunday, January 29, 2012
Friday, January 13, 2012
future xtvt
cadangan xtvt
mendaki gunung korbu 21 - 24 feb 2012 (done )
sp- yan-kuala kedah -kangar 220km ( change TBD)
kangar - pak bara siam 31 mac 2012 ( change TBD
mendaki gunung korbu 21 - 24 feb 2012 (done )
sp- yan-kuala kedah -kangar 220km ( change TBD)
kangar - pak bara siam 31 mac 2012 ( change TBD
Wednesday, January 4, 2012
malakoff interstate fellowship ride 2011

tarikh: 31/12/2011 dan 01/01/2012
day 1: around the island 70km ride
day 2: interstate kedah,penang, perak 180km ride
speed : unknown but I guess around 35 -40km/h. no meter. I lost it during Betong ezi ride
very good ride but very tiring.the longest ride per day since my last one kulim - pulau pangkor ride on 2006.
Subscribe to:
Posts (Atom)