Sunday, October 14, 2012
kayuhan kangar-satun-kangar
tarikh :13 oktober 2012
masa :0715 - 1930
lokasi - kangar - wang kelian - Tanyong Po Satun pergi balik
jarak kayuhan : 203km
Ini merupakan satu lagi kayuhan jarak jauh untuk tahun ini. Pergi bersama famili dan menginap di Aqua Inn Jabatan pengairan dan saliran. Bermalam pada hari jumaat dan mula berkayuh pada hari sabtu.
Ada lebih kurang 20 pengayuh terdiri dari team SPCC dan TRM perlis. 40km jarak kayuhan hingga ke bukit Wang Kelian. Pendakian yang menyeksakan. Akhirnya aku tumbang juga kerana tak sempat nak buka cleat kasut. BOOMMMM. Mujurlah tak cedera. Kalau naik MTB mungkin boleh bertahan. Tambahan si Giat buat hal. Gear 10 tak boleh guna. Dok pulun sampai gear 9 sahaja. haru.
Lepas check in imigeresan. Mula kerja mengerah keringat bermula. Aku masih boleh maintain kelajuan 30 -32km/j tapi lama kelamaan tiada tanda mereka nak berhenti penat aku mula hilang tenaga. Hanya boleh maintain kelajuaan setakat 27 - 30km/j. Kepenatan. Itulah kalau ikut orang muda dan selalu berkayuh.
Sekitar jam 1230 kami sampai dekat tempat yang dituju. Sebuah pantai yang lebih kurang macam pantai pulau sayak. Pekena makanan ketam rebus/ikan siakap 3 rasa/telur goreng/. Untuk 20 org makan semua habis 3500 batt.
Jam 1400 kami bertolak balik. Hujan sepanjang jalan sehingga ke border. Ikut ke pekan satun. Sampai sekitar jam 1630 di sempadan. Berehat sekejap makan/minum. Refill yang mana patut. Jam 1730 aku mula kayuh berseorang kerana takut lambat.Kalau tunggu geng power alamatla. Sekali mendaki Wang Kelian aku tewas terpaksa berhenti sebanyak dua kali. Dah tak dak enegy dah. Down hill yang mengecutkan perut. Takuttttttt.
Akhirnya aku jumpa Din Toyota dan Hj Saad GMCC. Mereka yang memberikan aku tenaga dan motivasi untuk meneruskan kayuhan hingga tamat. Jam 1930 selamat sampai. Keletihan sangat. Tidur yang tak lena kerana hampir semua badan sakit. Telan panadol dan VP2.
Esok badan dah kurang sikit. Check out. Bawa keluarga ke Wang Kelian bagi depa shooping sikit. Kes menang- menang. Supaya depa tak kecoh sangat kalau aku nak kayuh long distance lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment