Sunday, February 19, 2012

Sihat sepanjang usia.

KESIHATAN
hmmmm satu anugerah yang paling berharga selain daripada iman. Org kaya harta tapi kadang kala tidak diberikan kaya kesihatan. Ada wang tapi hidup terikat dengan ubatan nak makan dah ditarik nikmatnya. Betullah kata nabi sihat sebelum datang sakit.

Itulah yang aku cuba lakukan menjaga kesihatan sepanjang hayat. Walaupun hidup aku tak kaya tapi syukur kepada tuhan kerana rezeki tidak putus datang. Apa lagi yang ingin dicari, keluarga yang bahagia, rezeki yang halal lagi barakah. Anak2 aku alhamdulillah syukur berjaya dalam pelajaran.  Anak yang sulung berada di kolej Islam Sultan Alam Shah Kelang, 9A dlm PMR. Diharap Allah permudahkan rezekinya utk SPM nanti. Anak kedua ambil PMR tahun ni. Tahun lepas dia merupakan pelajar harapan mendapat 9A dlm PMR. Anak ketiga juga ada potensi untuk mengikut jejak langkah abang dan kakaknya.

Beberapa minggu lepas dapat berita isteri kawan ku mendapat strok. Sedih . Memang sukar kalau dah terkena musibah tu. Harap dia bersabar. Seorang lagi kawan dah kena darah tinggi, umur baru lingkungan 30an. Tiap -tiap pagi terpaksa makan ubat. Seorang lagi ke buat heart by pass. 2 injap dah block. Gerun aku dengar. Semua ini menguatkan semangat aku untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah yang dapat menyehat badan.

Berbasikal, gym, berjogging itu semua aktiviti yang gemar aku lakukan.. Makanan pun aku jaga. Dah jarang makan nasi putih aku gantikan dengan spigati germa gandum penuh, oats, buahan, sayuran. Makanan berminyak dan berlemak dah lama aku jauhi. Tekad aku biarlah aku sihat hingga ke akhir usia.  Amin

No comments: