Tuesday, December 22, 2009

cerita-cerita

tinggal beberapa hari lagi nak masuk tahun baru 2010. umur dah meningkat 42 tahun. apa azam tahun ni. azam lama pun tak tercapai lagi. baru habis pengawasan spm pada 16 dis. masa yang terluang tu aku gunakan untuk menyiap projek extension belakang rumah. ini projek yang akan memakan masa yang lama kerana memerlukan ketelitian dari segi reka bentuk, dan cara untuk memasang bata. semuanya aku buat sendiri bermula dengan kerja-kerja membina beam dan kerja-kerja membentuk besi beam. itu pun hasil dari tunjukkan ajar abang ipar aku kalau tidak manalah nak tahu cara untuk membengkok besi link beam tu. ha.ha sekarang ini proses mengikat bata sedang giat dijalankan. kerana kurang pengalaman aku mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian tak pa la lama-lama kemahiran itu akan meningkat cuma perlu ada keyakinan dan pengetahuan.
sebelah petang pula p gym. itulah cara aku mengurangkan tension dan mengeluarkan peluh. tahun depan aku akan mengajar sepenuh tingkatan 6 huss sakan.ekonomi asas tak pegang dah begitu juga kh. semuanya dah jadi history.a full time dengan masa sebanyak 16 waktu tapi banyak kerja yang perlu aku lakukan. dah lama aku tinggal subjek ekonomi ni. kena mengulangkaji semula refress ingatan dan ilmu lama. tapi tadak hal la alah bisa tegal biasa lama-lama ok la.
hujung minggu ni aku akan ke taiping untuk kayuhan warisan taiping. bertolak pada sabtu bermalam kat taiping golf resort. mula nak bawa keluarga bersama tetapi harmonik pula kena orintasi form 1 jadi aku p sorangla. nasib la bolehla relaks-relaks sebelum kerah tenaga pada ahad tu. 45km kalau tadak aral melintang dalam pukul 12 boleh habis kayuhan. isnin pula kena p sekolah kacau sungguh sekolah lain tak pulak p kalut sungguh pk aku tu. kalau p nak nganga dan bersemang saja buang masa la.baik dok kat rumah. tapi tengok la dulu macam mana pk nak handle minggu tu. tunggu dan lihat,

Monday, November 30, 2009

lama tak update

lama sungguh tak update blog ni. malas lagipun tiada yang menarik untuk ditulis. kayuhan pecah lemak yang sepatut aku pi tak jadi pula kerana kena demam panas yang agak teruk. lepas balik dari cabaran sarawak selama 10 hari aku kena demam panas selama hampir seminggu. maka tak dapat la nak kayuh cuma dapat baju tshirt sajala. teramak lah sedih dan kecewa kerana masalah tersebut.
cuma aku kayuh sekarang ni kat laluan biasa sahajala, laluan pinang tunggal tempat tulah aku dok berlatih stamina. nak jombree penang kayuh lasak tak dapat pula keran lambat mendaftar. melepasla pula. aku dah daftar untuk kayuhan warisan taiping harap-harap tiada masalah lagi. hotel pun dak booking kat taiping golf resort. tengok web site dia jersey menarik .
sekarang ni kena bertugas menjaga spm letih la sampai 16 dis, cuti hanya tinggal 9 hari lagi. projek buat extension belakang rumah pun dah tergendala. ini semua gara-gara org yang tak perihatin dengan jarak rumah dengan pusat peperiksaan saja depa dengki dengan akuni.

Sunday, September 13, 2009

kayuhan pecah lemak raya

dijadualkan pada 17,18 okt nanti dari kangar ke hadyai patah balik . jarak kayuhan sejauh 226km. masih larat lagi ke. paling jauh pernah aku pi kat kulim pulau pangkor lebih kurang 160km. tak tau la. kot kot naik back up cara nanti. la ni dok train la masih ke gym walaupun posa utk maintain stamina. tu pun berjelir lidah tahan dahaga.
hi hi basikal dah sebulan tak pegang dah. posa cuti betul.

Sunday, May 17, 2009

kayuhan satun

kayuhan bermula dari 8 hingga 11 mei. lepas balik dari sekolah pada 8mei aku mula bersiap barangan untuk ke sana. ambik dulu rakan2 ad,lah dan din. itu saja wakil dari penang. bertolak jam 5pm menuju ke kem tasoh perlis. adalah 2 jam perjalanan. bermalam di sana. hui bukan main banyaknya nyamuk. mujurlah aku telah bersedia dengan kelambu. hi hi member semua jeles kah kah.

pagi jam 8.00pm mula berkayuh menuju ke pintu sempadan wang kelian perlis. sebelum tu kenalah melayan bukit dekat wang kelian. boleh tahan jugalah mencanaknya. tapi berkat latihan yang selalu dibuat boleh menghabiskan kayuhan tanpa berhenti.

di pintu sempadan setelah clear emigresen kami bertolak beramai-ramai. time tula nak test power buat kejar mengejar. check in kat chalet kat pekan satun jam 1.30 time siam. rupanya time depa tul lewat sejam dari malaysia. petang setelah releks sat kami pusing-pusing pekan satun pi kat tamalang port. adalah dekat 30km meronda. belah malam aktiviti mengisi perut dengan makanan tempatan siam. sampai tak larat nak makan. lepas tu aktiviti tidoqlah.

esoknya 11 mei awal pagi jam 8am dah bertolak balik . sebelum tu kami buat kunjungan hormat ke rumah govenor satun. namanya aku dah lupa tapi satu penghormatan kepada kami dapat bersalaman dengannya. kalau kat malaysia ni jawatannya samalah dengan ketua menteri ada lagi aksi kejar mengejar sampai ke pintu sempadan wang prachan. bangganya aku yang pertama sampai. depa saja bagi muka kat aku hi hi.

Wednesday, April 29, 2009

kayuhan ini bermula pada 8,9,10 mei aku dengar kayuhan waktu kursus mtb kat jb. kekawan perlis yang cerita. then contact ketua geng perak yang rupanya memang aku kenal waktu kat ukm dulu ha. ha kawan lama rupanya. apa lagi aku contact le beberapa orang geng pulakopp hmm aku agak kecewa dengan feed back yang diterima. hanya sorang saja yang beri respons. yang lain nak balas sms aku pun tak nak. kedekut betui berkira sangat 50 kupang tuuuu. lain kali kalau ada program aku tak nak ajak depa biar padan muka aku hi hi hi. merajuk la skit.

tapi tup-tup pagi tapi aku dapat call ada 2 orang lagi nak join. cantikkkkk. aku usahakan juga walaupun dah dulu aku confirm 2 org.tapi demi semangat basikal dan kekawan aku call organiser untuk masukkan 2 orang lagi tu. mesti giler punya kayuh nanti.......

kayuhan saturn aku tungguuuuuuuu........

Wednesday, April 22, 2009

kursus pengurusan litar MTB kebangsaan



dah lama dah tak up date blog ni. kadangkala rasa malas dan qrl dengan kerja. hari ni bagi 30 minit untuk tambah apa yang patut. sepanjang last blog ada beberapa perkara yang berlaku. antaranya ialah cabaran mutiara jemputan asean yang aku terlibat secara aktif sebagai seorang instructor kat sana. satu lagi kursus penyediaan litar MTB peringkat kebangsaan di JB.

Kat JB tu semua instructor seluruh malaysia berkampung start 13 hingga 16 april. aku driving dengan DMAX aku tu. sedap bawa pick up tu long distance, stability memang A. minyak pergi balik 200 campur 200 toll hi hi kongsi 4 orang legalah sikit. driving gilir-gilir tak la sakit belakang.
umpama kuli kontrak berhujan berpanas nak sediakan track tu tapi akhirnya siaplah juga untuk kategori easy dan intermediate track. tapi tak sempat nak test sebab hujan lebat dan kami pula dah nak malas nak basuh basikal.
balik smpai kat SP dlm pukul 2am jumaat. terus lena....... hari jumaat tak pi sekolah cuti .........zzzzzzzzz

Monday, March 23, 2009

aktiviti cuti sekolah

cuti sekolah bermula 14 hingga 22 mac. memang ditunggu-tunggu la untuk buat pelbagai projek yang terbengkalai. hari sabtu 14 mac aku mula start join geng basikal taman ria sungai petani. ada lebih kurang 10 rider . kebanyakan dah retired and have alot of spare time hi hi hi . but their power what can I said powerrrrr. their strength can been seen when uphill. boleh berkenalan dengan abang ramly, pak mail, pak usup , pak lan cikgu din retired people. mereka ajak aku pi buat group riding dari sp ke bentong siam. tapi sayangla kena bertugas untuk cabaran mutiara jemputan asean. kalau tak aku balun kayuh dengan geng-geng ni petang lak pi gym buat musle building. hari ahad juga pi kayuh. isnin juga macam tu belah pagi aku buat solo ride kat pinang tunggal petang gi gym. buat pula landscape lepas kayuh belah pagi. hari selasa masih kayuh belah pagi dan landscape lepas tu. afternoon when i tried to go to gym my body stop functioning can't even lift a light weight. i realize it time to take a break. hari rabu aku stop take a complete rest. hari khamis buat semula.

hari jumaat masih kekalkan aktiviti tersebut. hari sabtu balik kampung. berat badan aku masih maintain sekitar 72-73kg.

tapi itulah keseronokan dan kepuasan bila kayuh basikal peluh yang mencurah tu menandakan yang badan kita berfungsi dengan baik. stamina makin bertambah baik. cuti sekolah bulan 12 nanti aku cadang nak buat akvitivi macam ni tengok perkembangan terhadap struktur badan target aku nak turun hingga ke berat ideal 65kg.

Monday, March 9, 2009

kulim hi tech exploration mtb.


masa yang ditunggu telah tiba. aku bertolak dari rumah jam 0540. ayam pun dok tidoq lagi. singgah kat masjid kg tok dik utk subuh. sampai kat starting point jam 0655. masih lagi kelam tapi dah ramai yang datang dan tengah set up gerek masing-masing.

jam 0730 peserta dilepaskan. sakat sungguh aku rasa aku kayuh lebih laju dari biasa speed tak tahu sebab speedometer dah lama rosak. jalan raya 15km. sampai kat offroad dah jem sebab single track dan uphill. maka ramai-ramai la tolak basikal tu.

tapi track sungguh menyeronokkan kerana teduh , boleh dikayuh dan tak jem. tapi kena guna 9 speed gear barulah boleh nak uphill. adalah kena tolak juga sebab dah tak larat nak tekan minyak. aku sampai jam 1153 ambik masa 4 jam 23minit untuk complete 55km.

mulanya cadang nak tunggu lucky draw tapi lambat sangat jam 1500 baru dibuat. apa lagi jam 1300 aku chaw tak larat nak tunggu. badan letih semacam sahaja nak tekan minyak reta pun tak larat.

hari isnin mujurlah cuti. time untuk recovery badan masih lagi lenguh dan sakit terutama bahagian bahu , tengkok, dan paha.

walau apa pun kenikmatan menghabiskan laluan yang mencabar tu lebih tinggi dari segalanya.

ada lagi jombree kali ni KAYUK LASAK JOMBREE PENANG DIS 09........AKU TUNGGU

Monday, March 2, 2009

keinsafan

minggu lepas aku melawat rakan sekerja yang kena strok bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. lepas xtvt merentas desa kat sekolah kami sama-sama ke rumahnya. time tu dia tengah bersiram dibantu oleh xyl dia. memang dijangka rakan aku tu menggunakan kerusi roda dengan sebahagian anggota sebelah kanannya tidak dapat digerakkan dengan sempurna.

aku menjadi hiba kerana kenal agak rapat, pernah bertugas di sekolah bersama dan kursus pun ada kalanya bersama walaupun dia lebih senior dari aku. Nak pencen tahun ni dan di duga oleh Allah dengan dugaan yang berat ni.

aku terfikir mungkin juga satu hari nanti aku akan mengikut jejaknya. minta dilindugi oleh Allah dugaan yang berat tu. tapi strok ini berkaitan dengan pemakanan dan aktiviti fizikal kalau kita tak rajin bersenam dan makan pakat ikut suka saja . taklama pelbagai penyakit akan mendatang.

ini membuatkan aku bertekad untuk meneruskan aktiviti riadah dan basikal hingga ke hujung usia aku kalau masih diberi tenaga dan kemahuan. kerana aktiviti yang kita lakukan sekarang akan memberi kesan kepada keadaan kesihatan kita pada masa akan datang.

oleh itu rakan-rakan buanglah kesibukan kita jauh-jauh carilah aktiviti yang menyihat badan kita. kerana kita yang akan menanggungnya pada masa akan datang. di samping ahli keluarga kita yang terpaksa melayan keperluan kita nanti..........

Sunday, March 1, 2009

basikal mengalami masalah teknikal. lepas dihantar ke kedai basikal kat jalan sekerat tu dimaklumkan kebanyakan hardware basikal dah hampir akhir hayatnya. mekanik cakap yang aku guna semaksimum yang mungkin dan dah sampai ketikanya aku perlu menukar hardware baru. lebih kurang dia suruh melaburlah tu. RM lagi. hajat hati nak suruh dia servis biasa sahaja. tapi lain pula yang timbul. tapi memanglah basikal aku tu aku lanyak cukup-cukup dah 4 tahun pakai hanya 3 kali hantar servis yang lainnya aku adjust sendiri. yang ni aku tak boleh nak adjust lagi tu yang aku bawa ke kedai tu.

nak tukar apa pula. alang-alang tukar biar ambil yang baik punya.
hardware lama aku

rd alivio
fd sis
rantai biasa sahaja
cranx techno dengan seal bearing bottom bracket
cassette yang cokia juge

lepas upgrading system
rd deore xt
fd deore
cranx deore hollow tech
cassette sram 950 system
chain deore

kosnya dekat RM 1000.00 . hissss garu kepala tapi untuk persiapan ke jombree MTB kat kulim aku redha laaaa. tak test la kat offroad nak pi kelmarin dah petang sangat. ingat nak test sebelum ke jombree minggu depan. moga-moga tiada masalah . aminnnnnnnn.

Monday, February 23, 2009


tiada kayuhan hujung minggu ni. badan lenguh2 dan sakit kerana kerap ke gym angkat tayar keretapi. hampir tiap-tiap hari pergi. buat latihan kardiovaskular dan stamina. larian 2.4km dah dapat ditamatkan dalam masa 13 minit 36 saat. kalau nak cepat lagi lagi boleh tergolek kat mesin larian tu.

Ini semua preparation untuk kulim mtb pada 8 mac nanti. nasiblah esoknya cuti maulidur rasul, bolehlah berehat kalau tak letihla pi kat saltmine. hujan dah mula melanda kat sungai petani. hampir mustahil nak kayuh waktu petang. takut risiko tercampak waktu DH. minggu ni mungkin tiada latihan di gym sibuk dengan latihan rumah ,koko dll. sibuk betul kat sekolah aku tu dahla aku dok jauh 40km nak bergerak. alamatlah tidoq kat sekolah la minggu ni.

hobi aku yang satu lagi dah lama tergendala. tapi semangat amateur radio masih lagi tebal. dah lama dah tak TX, monitor dah jarang-jarang. bila aku nak panjat bumbung rumah nak perbetul antenna tu. Bacaan SWR meter tinggi. ini semua kena buat troubleshooting. tapi nampak gayanya wayar coax ada problem mungkin kena tukar wayar baru nak beli coax 213 atau 8 mahal. duit masalahnya. tapi tengoklah nanti.

projek landscape pun tergendala. projek pergola masih ditunda. cement step baru siap 4 batang. banyak lagi yang perlu buat. hanya hujung minggu ada masa nak buat hari lain letihhhhhhhhh.

projek fibreglass dmax dah setahun tergendala. nampak gayanya kena betul2 perlu motivasi diri kalau nak buat

Monday, February 16, 2009

hujung minggu selepas bertugas di Pulakopp aku buat sedikit fitness dgn mtb aku tu. route yang biasa aku guna. dah seminggu selepas test ride di sunga


hujung minggu selepas bertugas di Pulakopp aku buat sedikit fitness dgn mtb aku tu. route yang biasa aku guna. dah seminggu selepas test ride di sungai kob tu baru hari ni boleh berkayuh semula. tengah seronok melayan down hill tiba2 dirasakan basikal mula hilang kestabilan. mesti tayar bocor ni. sahih dah. tu dia aku mula gabra spare tiub tak bawa. tengah di ladang getah sekarang ni. jalan bertar yang dekat lebih kurang 3 km lagi. tepok dahilah terpaksa tolak la. nak buat macam mana. spare tiub yang ada tu aku dah bagi kat member yang tayar bocor kat sungai kob lupa pula nak ganti.

aku caling bini tolong ambik dgn dmax nasibla bini kat rumah kalau tak terpaksa tolak sampai kat rumah huiii dekat 5 km tu. nasib

pengajaran : mesti buat persiapan sebelum berkayuh. spare tyre, tool ext.....

ni gambar yang sempat aku shoot. musim kering daun pokok getah banyak yang luluh rasa macam negeri org putih pula.hi hi hi



masih lagi letih bahana kayuhan offroad yang menjangkau 40km. kalau on road takpala, ni turun bukit naik bukit jalan pulak teruk . kayuh on road takla seletih ni tapi puas. semua geng basikal pulakopp turun.seronok bila geng2 ni turun. macam2 perangai depa ni. yang masih junior dengan perangai mereka hihihihihihi. yang otai tunjuk stamina panjat bukit. rasanya bolehlah join jombree ni laluan tak sukar tapi esok lak kena pi reja sahih letih punya.

tapi yang tu tak boleh lawan dengan circuit mtb kat Pulakopp. ada droping 2 kaki dari tanah. dah terasa dah tergolek 2 ,3 orang kah. kah.kah sampai Tangga tu diberi nama mengikut mereka yang pernah jatuh dan yang pernah lepas. aku tergolek sekali kat tangga Azan. yang kat gambar ni Tangga Din diberi nama sempena jurulatih yang berjaya turun dengan selamat tanpa menjilat tanah.aku tak berani cuba lagi takutttttttttttt.