Wednesday, February 1, 2017

2017 first posting

posting pertama 2017

ni koleksi numb plate basikal n runing bib. thn 2016 aku start lari. mula2 sekali larian bendang kat parit buntar. x jauh 5km saja. sekarang jarak 10km. thn 2017 upgrade ke half marathon.

Saturday, January 5, 2013

Penamat 2012

Penamat 2012

Apa pencapaian aku tahun ni. Walaupun taklah pecapaian itu membuat aku kaya material tapi kaya dari segi lain. Kesihatan aku alhamdulillah sihat. Tahun 2012 aku tak ambil sehari pun MC. Dapat lagi anugerah kedatangan penuh di tempat kerja hehehe. Allah memberiku nikmat iman yang tak terhingga. Hmmm apa yang lagi aku perlukan dalam hidup ini keluarga yang bahagia, harta yang sedikit tapi barakah anak yang sihat dan cemerlang dari segi akademik (anak sulung dapat 9A dalam PMR, anak kedua aku dapat 8A dalam PMR, anak bongsu pulak dapat 3A,2B dalam UPSR). Kekawan selalu bercerita mengenai harta mereka, peluang perniagaan yang mereka dapat tapi aku tak kisah perkara itu. Bagi aku semua itu tak penting, cukuplah gaji aku dan isteri untuk menampung keperluan kami lima beranak. Harta ini tak cukup walaupun ada bergunung intan. Sebab nafsu manusia memang tak pernah cukup.

Kesihatan aku syukur nikmat Allah yang besar. Makanan aku jaga, senaman merupakan rutin harian aku.Hasilnya lihatlah Allah beri kesihatan yang baik sepanjang tahun ini. Anda buat anda dapat itulah ayat yang selalu aku pegang. Kawan-kawan aku ramai yang dah kena penyakit seperti jantung, darah tinggi dan kecing manis. Masa dapat penyakit, harta benda dah tak bererti lagi. Wang yang ada perlu digunakan untuk mengubat penyakit yang dapat hasil gaya hidup yang buruk. Moga kesihatan aku Allah kekalkan. Amin....Tapi Allah menduga hambanya dengan pelbagai cara dan bentuk. Semoga apa juga dugaan yang diberikan aku perlu redho.

Aspek berbasikal. tahun ini aku sudah berkayuh ke Satun ( 205kn), jelajah Kedah (211km), kayuhan Titiwangsa (65km), kayuhan Lasak (51km). Dalam usia sebegini aku masih mampu berkayuh jarak jauh. Syukur
kayuhan puncak titiwangsa

punak gunung Korbu
kayuhan kangar - saturn
expidisi Gunung Tapis Kuantan Pahang

Tahun ini pula aku berjaya mendapat milikan penuh harta peninggalan abahku. walaupun tak besat mana tapi syukur kaum keluarga aku bersedia menjual hak milik mereka. Senangla sikit kalau ada seorang penama boleh buat macam-macam.Aku dah buat dapur baru, bilik bawah dah aku pecahkan, lantai dapur dah aku pasang jubin. Semua DIY, walaupun tak secantik orang profesional yang buat tapi bolehlah digunakan.Di luar rumah aku dah berjaya memotong pelbagai saiz pokok buat sistem peparitan baru. Ada banyak lagi nak buat tapi tak banyak masa.Cuti sekolah dulu sibuk jaga periksa. Tinggal cuti 2 minggu saja mana nak cukup.

projek ubahsuai dapur









Sunday, October 14, 2012

kayuhan kangar-satun-kangar


tarikh :13 oktober 2012
masa :0715 - 1930
lokasi - kangar - wang kelian - Tanyong Po Satun pergi balik
jarak kayuhan : 203km

Ini merupakan satu lagi kayuhan jarak jauh  untuk tahun ini. Pergi bersama famili dan menginap di Aqua Inn Jabatan pengairan dan saliran. Bermalam pada hari jumaat dan mula berkayuh pada hari sabtu.

Ada lebih kurang 20 pengayuh terdiri dari team SPCC dan TRM perlis. 40km jarak kayuhan hingga ke bukit Wang Kelian. Pendakian yang menyeksakan. Akhirnya aku tumbang juga kerana tak sempat nak buka cleat kasut. BOOMMMM. Mujurlah tak cedera. Kalau naik MTB mungkin boleh bertahan. Tambahan si Giat buat hal. Gear  10 tak boleh guna. Dok pulun sampai gear 9 sahaja. haru.

Lepas check in imigeresan. Mula kerja mengerah keringat bermula. Aku masih boleh maintain kelajuan 30 -32km/j tapi lama kelamaan tiada tanda mereka nak berhenti penat aku mula hilang tenaga. Hanya boleh maintain kelajuaan setakat 27 - 30km/j. Kepenatan. Itulah kalau ikut orang muda dan selalu berkayuh.

Sekitar jam 1230 kami sampai dekat tempat yang dituju. Sebuah pantai yang lebih kurang macam pantai  pulau sayak. Pekena makanan ketam rebus/ikan siakap 3 rasa/telur goreng/. Untuk 20 org makan semua habis 3500 batt.

Jam 1400 kami bertolak balik. Hujan sepanjang jalan sehingga ke border. Ikut ke pekan satun. Sampai sekitar jam 1630 di sempadan. Berehat sekejap makan/minum. Refill yang mana patut. Jam 1730 aku mula kayuh berseorang kerana takut lambat.Kalau tunggu geng power alamatla. Sekali mendaki Wang Kelian aku tewas terpaksa berhenti sebanyak dua kali. Dah tak dak enegy dah. Down hill yang mengecutkan perut. Takuttttttt.

Akhirnya aku jumpa Din Toyota dan Hj Saad GMCC. Mereka yang memberikan aku tenaga dan motivasi untuk meneruskan kayuhan hingga tamat. Jam 1930 selamat sampai. Keletihan sangat. Tidur yang tak lena kerana hampir semua badan sakit. Telan panadol dan VP2.

Esok badan dah kurang sikit. Check out. Bawa keluarga ke Wang Kelian bagi depa shooping sikit. Kes menang- menang. Supaya depa tak kecoh sangat kalau aku nak kayuh long distance lagi




Thursday, June 21, 2012

kayuhan makan durian

destinasi makan durian

lokasi di lata Bayu

tarikh : 16 Jun 2012
permulaan : Petronas Bandar Puteri Jaya
kayuhan . Petronas - kuala ketil - Parit Panjang - Lata Bayu - Kuala  Ketil - Petronas
Jarak : 88km

kayuhan makan durian di beri nama. kena kayuh dulu baru boleh makan. tapi x leh nak makan banyak kerana balik kena kayuh la. kalau tak dah tentu banyak aku makan. ditambah dengan adanya pulut durian ada gulai batang pisang semua tu cukup , menyelerakan.

kayuhan jelajah kedah edisi 2012

jarak kayuhan
medal peringatan
permulaan :Kelab Cinta Sayang Sg Petani
masa : 0745 -1915
tarikh : 30 Mei 2012
Cinta Sayang - gurun- nami - gulau - bendang man sik - baling - kuala ketik - tawa - Cinta Sayang

Ramai juga yang kayuh, kelab jemputan pun ramai . inilah jarak kayuhan yang paling jauh yang pernah aku kayuh dalam sehari. kaki pun terasa kejang tapi masih dalam keadaan terkawal utk kayuh. panas lit - lit. tapi akhirnya dapat juga melengkapkan kayuhan tersebut. Moralnya kalau kita telah tetapkan dalam minda kita untuk mendapat sesuatu dgn izin allah akan terlaksana

Monday, April 9, 2012

MKH classic ride

sewaktu mengambil goodies
Tarikh : 1 Apri 2012
mula : 7.30am
tamat ; 11.15am
jarak : 88km

kayuhan ini walaupun dinamakan santai kebanyakan raider begitu bersungguh termasuklah aku. Demi untuk mengikut kumpulan platon maka aku terpaksalah mengerah kederat veteran aku. kalau kayuhan santai maka taklah teruk dan lama masa recovering aku ni. tapi apapun sungguh menyeronokkan kerana boleh menyaingi dengan raider yang lebih muda dari aku.

sewaktu bersaing dgn fixie

Saturday, March 17, 2012

BORR - Sungai petani ride

Toll BORR
time : 2 jam 40 minit
calori : 2148
jarak : entah meter dah hilang agak2 dalam 80k


setelah menghantar anak sulung aku balik kat Kelang dengan menggunakan bas di Jeti Butterworth. aku pun mula setup basikal. Isteri aku balik ride Dmax. Bermula 0810 aku mula berkayuh menggunakan lebuh raya BORR, tak ramai juga rider yang berkayuh. kayuhan santai  ni tidak perlu mengerah kudarat sangat. Sampai ke Sungai Dua aku mula berkira-kira nak menggunakan jalan ke KEpala batas. tapi entah macam mana terus aku melencong ke tasik gelugor. Ingatkan nak balik ikut kubang menerong tapi dibatalkan terus aku kayuh melalui padang serai , sungai karangan, merbau pulas, kuala ketil. Kebanyakan merupakan jalan rata yang tidak perlu menggunakan tenaga yang tinggi

Menjelang melepasi padang serai jalan mula mencabar dengan beberapa siri bukit yang beralun. Di sini barulah bermula kerahan tenaga dan penukaran gear yang sesuai bertepatan dengan keadaan jalan yang semakin teknikal. Kalau tak kuat mental dan fizikal memang akan berhenti untuk berehat. Sepanjang jalan hanya 2 kali hentian rehat dibuat untuk mengurangkan asid laktik yang semakin berkumpul kat otot - otot kaki. Mujurlah tidak kena cram.

Dah lama tak buat kayuhan jarak jauh ini juga sebahagian daripada latihan untuk MKH steel ride pada 1 April nanti. Jaraknya 85km. Rasanya boleh aku menamatkan kayuhan ini
hentian rehat kat Petronas Padang Serai


pelabuhan kontena Butterworth