Penamat 2012
Apa pencapaian aku tahun ni. Walaupun taklah pecapaian itu membuat aku kaya material tapi kaya dari segi lain. Kesihatan aku alhamdulillah sihat. Tahun 2012 aku tak ambil sehari pun MC. Dapat lagi anugerah kedatangan penuh di tempat kerja hehehe. Allah memberiku nikmat iman yang tak terhingga. Hmmm apa yang lagi aku perlukan dalam hidup ini keluarga yang bahagia, harta yang sedikit tapi barakah anak yang sihat dan cemerlang dari segi akademik (anak sulung dapat 9A dalam PMR, anak kedua aku dapat 8A dalam PMR, anak bongsu pulak dapat 3A,2B dalam UPSR). Kekawan selalu bercerita mengenai harta mereka, peluang perniagaan yang mereka dapat tapi aku tak kisah perkara itu. Bagi aku semua itu tak penting, cukuplah gaji aku dan isteri untuk menampung keperluan kami lima beranak. Harta ini tak cukup walaupun ada bergunung intan. Sebab nafsu manusia memang tak pernah cukup.
Kesihatan aku syukur nikmat Allah yang besar. Makanan aku jaga, senaman merupakan rutin harian aku.Hasilnya lihatlah Allah beri kesihatan yang baik sepanjang tahun ini. Anda buat anda dapat itulah ayat yang selalu aku pegang. Kawan-kawan aku ramai yang dah kena penyakit seperti jantung, darah tinggi dan kecing manis. Masa dapat penyakit, harta benda dah tak bererti lagi. Wang yang ada perlu digunakan untuk mengubat penyakit yang dapat hasil gaya hidup yang buruk. Moga kesihatan aku Allah kekalkan. Amin....Tapi Allah menduga hambanya dengan pelbagai cara dan bentuk. Semoga apa juga dugaan yang diberikan aku perlu redho.
Aspek berbasikal. tahun ini aku sudah berkayuh ke Satun ( 205kn), jelajah Kedah (211km), kayuhan Titiwangsa (65km), kayuhan Lasak (51km). Dalam usia sebegini aku masih mampu berkayuh jarak jauh. Syukur
 |
kayuhan puncak titiwangsa |
 |
punak gunung Korbu |
 |
kayuhan kangar - saturn |
 |
expidisi Gunung Tapis Kuantan Pahang |
Tahun ini pula aku berjaya mendapat milikan penuh harta peninggalan abahku. walaupun tak besat mana tapi syukur kaum keluarga aku bersedia menjual hak milik mereka. Senangla sikit kalau ada seorang penama boleh buat macam-macam.Aku dah buat dapur baru, bilik bawah dah aku pecahkan, lantai dapur dah aku pasang jubin. Semua DIY, walaupun tak secantik orang profesional yang buat tapi bolehlah digunakan.Di luar rumah aku dah berjaya memotong pelbagai saiz pokok buat sistem peparitan baru. Ada banyak lagi nak buat tapi tak banyak masa.Cuti sekolah dulu sibuk jaga periksa. Tinggal cuti 2 minggu saja mana nak cukup.
 |
projek ubahsuai dapur |