Monday, January 8, 2007

computer power supply




i
dah lama nak berkongsi ilmu dengan kekawan. tapi ilmu ni pun taklah banyak sangat cuma boleh guna untuk mereka yang ada masalah RM untuk membeli power supply yang mahal, cantiik dan . ya la Hammers ni kadang2 dari golongan yang cukup makan sahaja. mula2 hanya dengar rakan qso di udara mengenai bab ni. lepas tu aku mulalah buka power supply lama kat rumah yang masih boleh digunakan. habis aku buka dan lihat inner circuit tu peningla juga nak cari wayar tu. gambar atas PS yang telah dibuka dan dibuat wiring baru. kenalah cari PS yang ada 12V dan sekurangnya 15A. kalau kurang Ampere alamatlah hanya boleh tx low power sahaja 5W. lebih dari tu dia malap hi hi hi.

kalau nak cantik lagi buatla casing dengan apa bahan yang sesuai. bubuhlah voltmeter atau ameter untuk menambahkalan nilainya. kemudian connect la dengan anda punya rig dan transmit. tapi jangan pula tersilap pasang positive and negative pole boleh rosak rig nanti. jadi disarankan bubuh diod 20A pada wayer input untuk elak perkara ini berlaku.

banyak lagi step yang perlu dibuat. boleh email kalu mahu yang terperincit. selamat mencuba . sayonara